SELAMAT DATANG
Jika ANDA merindukan suasana yang tenang dan nyaman, ANDA telah memilih tempat yang tepat. Penginapan kami menggabungkan pesona perkampungan tradisional dengan keunikan senibina Melayu Pahang yang berusia lebih 100 tahun, Ianya pasti memberikan ANDA satu pengalaman yang unik untuk dikongsikan bersama keluarga atau sahabat handai.
Suasana ala kampung yang damai saat ANDA memasuki "SARI CHEMPAKA" akan segera merasakan kedamaian dan ketenangan yang hanya dapat ditemukan di desa-desa terpencil. Rumah-rumah warisan klasik peninggalan nenek moyang yang indah dapat mengimbau kenangan ANDA membesar bersama ayah, ibu dan adik-beradik di kampung yang tercinta.
Ruang-ruang penginapan kami di olah khusus dengan meminimalkan perhiasan dan peralatan morden untuk memberikan kesan maksimum bermalam di rumah kampung yang sebenar . Bilik-bilik penginapan kami juga tidak menghadkan jumlah anak-anak atau ahli keluarga untuk bermalam di dalam se-sebuah bilik. Tilam-tilam gulung akan disediakan mengikut keperluan ANDA dengan bayaran tambahan yang minimal.
Tidak hanya penginapan yang unik disediakan, ANDA juga akan dihidangkan dengan pilihan menu-menu istimewa ala-kampung yang pasti membangkitkan selera untuk disantap bersama keluarga atau rakan-rakan. Makanan kami juga disiapkan dengan bahan-bahan segar dari sekitar kampung dan disajikan dengan tampilan yang klasik. Ini adalah pengalaman kulinari yang tak akan ANDA lupakan.
TEMPAH SEKARANG!
alamilah suasana kehidupan ala-kampung yang pasti memberikan satu pengalaman unik tentang kehidupan di kampung yang mengajar akan pentingnya keseimbangan antara pekerjaan dan waktu luang. ANDA juga akan dapat merasakan ritma hidup yang lebih lambat dan menikmati waktu yang berkualiti bersama keluarga dan teman-teman. Menghabiskan waktu dalam suasana aman dan nyaman kampung boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga dan mendalam, mengingatkan kita pada keindahan alam, budaya, dan kehidupan yang lebih sederhana.
AKTIVITI TAMBAH NILAI
Tidak hanya menyediakan penginapan dan santapan tradisional, Kami juga menyediakan berbagai lagi aktiviti tambah nilai yang sesuai dengan konsep inap tradisional kami, berikut antara aktiviti yang patut ANDA pertimbangkan untuk memeriahkan lagi percutian ANDA :
* Program membuat lemang dan rendang.
* Program membuat dan mengacau dodol.
* Program menganyam ketupat dan kuah kacang.
* Barbeque dinner.
* Family bonding (bengkel membuat pasu,
bengkel teknik melukis, bengkel canting batik dll.)
Sila hubungi admin untuk penerangan aktiviti di atas.
PROGRAM PERSENDIRIAN ATAU KORPORAT
Dengan keluasan fasiliti kami yang boleh memuatkan 200 pax hingga 1,500 pax, Kami juga menyediakan berbagai lagi acara-acara yang dapat dilangsungkan di sini, antaranya :
* Program Team Building.
* Program Retread.
* Program Jamuan Korporat.
* Majlis Receptions.
* Majlis Doa Selamat.
* Program Motivasi.
* Family Day
* Reunion
* Jamuan Open House.
* Kenduri Kahwin.
Sila hubungi admin untuk penerangan program di atas.
PATIN TEMPURONG adalah sebuah warung yang terletak dalam perkarangan penginapan SARI CHEMPAKA HERITAGE VILLAGE ianya adalah sebuat warung yang menyediakan masakan asli Melayu Pahang dengan persembahan hidangan ala-kampung seperti ikan patin tempoyak yang sangat popular di negeri Pahang, lauk-lauk dan sayur-sayur kampung yang pasti menambat selera ANDA.
Pastinya ia adalah satu peluang menikmati kehidupan cara kampung yang menyeluruh daripada penginapan sehingga ke santapan yang disediakan sepanjang hari percutian anda di sini.
SELAMAT MENJAMU SELERA.
BARBEQUE BUFFET DINNER
Turut memeriahkan lagi di setiap malam minggu, kini kami menganjurkan makan malam BBQ beserta persembahan musik live (busking) untuk hiburan bersama-sama sambil menjamu selera. Tidak hanya penginap di sini tetapi ANDA semua juga boleh turut hadir untuk memeriahkan lagi BBQ party ini. TEMPAHLAH SEKARANG untuk aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu ini.
HUBUNGI KAMI
SARI CHEMPAKA HERITAGE VILLAGE
LOT 3027 BATU 3, JALAN MENTAKAB, KARAK SETIA, 28600 KARAK, PAHANG D.M